Pengikut Setia

IKLAN1

Jumaat, April 18, 2014

Gambar Adun paloh YB Datuk Nazula cedera parah kemalangan

0 Komen!!!
 - Ahli Undangan Negeri (ADUN) Paloh Gua Musang terlibat kemalangan petang tadi berdekatan Cameron Highland. Beliau disahkan mengalami kecederaan teruk manakala isterinya meninggal dunia.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kawasan kemalangan jalan raya yang sudah pasti turut mengejutkan kita kerana awal pagi sebelumnya, bekas pengerusi DAP disahkan maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung. - Infolagi2u





Khamis, April 17, 2014

KEMASKINI : GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN KARPAL SINGH (32 GAMBAR)

1 Komen!!!







































Karpal Singh Aka Musuh Hudud maut dalam kemalangan

1 Komen!!!
20140417-064604.jpg
Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.
Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.
Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).
Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.



Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.
Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.
Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.
Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar ‘Harimau Jelutong’.
Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.
“Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau,” tulis twit tersebut


Rabu, April 16, 2014

Hudud Kelantan : Anwar Bidas PAS!!

1 Komen!!!

Saya percaya hukum Allah, tapi hanya pemerintah adil boleh laksanakannya - Anwar

Apa maksud Anwar Hudud hanya boleh dilaksanakan jika pemerintah adil dan mengikut prinsip Islam..


Jadi apa yang PAS buat sebenarnya??

Anwar sendiri tidak percaya kepada PAS!! sebab yang nak buat Hudud adalah rakan sekutu PKR iaitu PAS Kelantan!!

Hari ini Anwar berkata Undang-undang syariah Islam yang terkandung hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika negara diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam.

Justeru beliau kekal dengan pendiriannya yang mahu isu tatakelola diselesaikan terlebih dahulu sebelum undang-undang syariah Islam dilaksanakan.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Anwar berkata Pakatan Rakyat perlu bersama membuat kembali deklarasi berkenaan isu hudud di negara ini.

"Apa keutamaannya, keamanan, keadilan dan kebajikan rakyat harus diberikan keutamaan.

"Saya menjemput PAS datang membincangkan secara penuh isu ini. Seluruh pemimpin Pakatan perlu membahaskan perkara ini," Anwar dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Pengguna Facebook, waspada pepijat Heartbleed

0 Komen!!!

KUALA LUMPUR – Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat ‘Heartbleed’, iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.
Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.
facebookAwal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.
Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.
“Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.
Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.“Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.
“Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda,” katanya.
Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.
Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.
Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan telahpun memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.
SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.
Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang http://heartbleed.com. – Bernama

Selasa, April 15, 2014

Pesawat Airbus A320 berlanggar dengan Airbus A319 di Yangon

0 Komen!!!




KUALA LUMPUR: Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan ekoran perlanggaran antara pesawat Airbus A320, XY-AGT milik Golden Myanmar Airlines dengan pesawat Airbus A319, XY-AGR milik Myanmar Airways International hari ini.

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon ini dikatakan terjadi pada awal pagi, menurut komen yang ditulis oleh pengguna laman Twitter yang berada di tempat kejadian.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Aviation Safety Network, pesawat A320 telah melanggar bahagian kanan belakang pesawat A319.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-airbus-a320-berlanggar-dengan-airbus-a319-33882?cp

SAMAN 2 JUTA : HJ HADI GUNAKAN ALASAN TEKNIKAL KETEPIKAN PERINTAH KEHAKIMAN

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah tinggi membenarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Keputusan itu dibuat selepas timbalan pendaftar, Mohamad Nasruddin Mohamed mendapati writ saman yang difailkan oleh plaintif Mohd Shamsul Mat Amin pada 27 Februari lalu tidak mengikut prosedur mahkamah.

Plaintif, Mohd Shamsul juga tidak hadir berikutan kematian ibunya malam tadi dan diwakili peguamnya, A Vasudevan.

Asmuni memberitahu, dalam sesi pendengaran itu, mahkamah bersetuju dengan dua hujah yang dikemukakan pihak defendan bahawa penyampaian writ saman oleh plaintif itu tidak sempurna, justeru menetapkan tarikh 18 Mei depan untuk pembelaan dan pengurusan kes sebelum perbicaraan penuh dimulakan.

Menurutnya, penyampaian writ saman itu tidak sempurna malah tidak diketahui akan kewujudan penerimanya dan perkara itu tidak dapat dibuktikan pihak plaintif.

Selain itu katanya, perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta itu didapati tidak lengkap dan tidak mengikut peraturan mahkamah dan atas alasan itu pihak mahkamah mengetepikan perintah itu.

"Mahkamah telah membuat keputusan membatalkan (penghakiman ingkar tersebut). Selepas ini akan ada pendengaran penuh kes tersebut.. namun tarikhnya lama lagi," kata Asmuni.

Menurut beliau, pihak defendan juga diarahkan memfailkan memorandum kehadiran serta memfailkan pembelaan dalam tempoh 14 hari.

Katanya, alasan pembatalan atau pengenepian penghakiman tersebut adalah kerana dua alasan, iaitu penyerahan saman yang tidak teratur kerana menyerahkan kepada pihak yang tidak wujud; dan langkah plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.

Berikutan alasan-alasan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan membatalkan atau mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari telahmengarahkan Abdul Hadimembayar saman berjumlah RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh calon PKR Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Perintah tersebut dikeluarkan berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd Shamsul sebelum ini.

Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi ekoran dakwaan yang dibuat ahli parlimen Marang itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Isnin, April 14, 2014

Alfatihah : Murid tadika maut van terbabas dalam kolam kumbahan

0 Komen!!!
JOHOR BAHARU 14 April - Seorang murid Tadika Kemas maut akibat van yang dinaikinya bersama lima rakannya yang lain terjunam ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti, Skudai hari ini.
Murid yang meninggal dalam kejadian 12.15 tengah hari itu dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar, 4.Ketua Polis Johor Baharu Utara, Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata mangsa meninggal dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti.
Beliau berkata seorang daripada lima rakannya itu didapati kritikal manakala empat lagi cedera ringan.Mereka ialah Nur Aima Razak, 5, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5, Danial Asyraf Abdullah, 5, Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6, dan Sakinah Roslan, 5, yang kesemua mereka turut dibawa ke klinik berkenaan.
Mereka kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah sementara mayat Muhammad Azri dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya untuk dibedah siasat.
``Kejadian dipercayai berlaku apabila van itu yang sedang menunggu untuk menaikkan murid-murid itu tiba-tiba menggelongsor dan merempuh pintu pusat kumbahan sebelum menjunam ke dalam kolam kumbahan,'' kata Mohd Khamsani.
Beliau berkata ketika itu pemandu van terbabit seorang wanita berusia 40-an sedang berada di luar kenderaan terbabit.Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA