Popular Today

Khamis, November 06, 2008

PKNS BAKAL MENJADI "LUBUK EMAS" PAKATAN RAKYAT

2 Komen!!!


Mewah!

Itulah perkataan paling sesuai yang diungkapkan, jika bendahari PKR bakal menerajui PKNS. Dengan keuntungan PKNS yang berjuta-juta pastinya akan menjadi lubuk emas kepada Pakatan Rakyat.

Nampaknya PKNS ibarat keluar mulut singa, masuk mulut naga. Sesungguhnya cadangan oleh pihak PAS ini ialah tujuan sebenar PKR. Pertama adapat menimbulkan sentimen di kalangan kaum bukan Melayu dan kedua dapat meletakkan orang 'mereka' dengan kata lain kroni mereka di dalam PKNS yang pastinya akan memberi pulangan besar kepada mereka. Ungkapan seperti projek sudah tentu akan masuk kocek kroni dan proksi mereka.

Tuduhan kerajaan belanja besar beli Eurocopter tak berasas – Najib

0 Komen!!!
http://www.malaysialeader.com/images/photo/najib-tun-razak.jpg
05/11/2008 2:30pm

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan berbelanja besar bagi pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion ternyata meleset dan tidak berasas berdasarkan penilaian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata kerajaan mempunyai sistem dan ia akan dipastikan telus dan mengikut peraturan.

“Maknanya tuduhan awal itu meleset sama sekali dan terbukti tidak ada asas.

Sebab itulah kita buka proses itu kepada PAC. Walaupun daripada segi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) soal keselamatan negara sebenarnya tidak wajar didedahkan kepada terlalu ramai pihak.

“Namun oleh kerana (ia) sudah dijadikan sebagai satu isu besar oleh parti pembangkang jadi kita ambil langkah membenarkan PAC membuat penyiasatan,” katanya kepada pemberita selepas temu bual khas dengan RTM mengenai pakej rangsangan fiskal kerajaan bagi Bajet 2009 di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat PAC pada Isnin yang memutuskan bahawa tiada penyelewengan daripada segi prosedur dalam pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion. – BERNAMA

berita dari : http://www.utusan.com.my/

Obama presiden baru Amerika

0 Komen!!!

Nov 5, 08 11:57am

dikemaskini Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama.

barrack obama 201008 01Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.

oleh : Malaysiakini

Hentikan tindakan politik keterlaluan, titah Sultan Azlan

2 Komen!!!
November 5, 2008 pada 6:15 pm ·

http://www.utusan.com.my/

05/11/2008 3:26pm

KUALA KANGSAR 5 Nov. — Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

“Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

“Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu,” titah baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak. - Bernama

Kongsi Link Anda