Popular Today

Khamis, November 27, 2008

Ahli PAS batal usul kawal arak - takut kat DAP ke?

7 Komen!!!
Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik sehingga boleh mencetuskan kontroversi. Semalam, akhbar-akhbar berbahasa Cina mendedahkan cadangannya itu untuk membataskan jualan alkohol di beberapa premis terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa Selangor berniat mengharamkan minuman keras.

Dalam kertas cadangan itu, kini tersebar meluas di kalangan media, Mohd Termizi mencadangkan:

bullet buttonarak dijual di sudut agak tertutup dan papan tanda melarang jualan kepada umat Islam hendaklah dipaparkan dengan jelas,

bullet buttonkaunter jualan hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam. Kaunter khas harus diwujudkan untuk jualan barangan bukan halal.

bullet buttonMPK melarang jualan alkohol di premis-premis berikut: kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit, pasar mini, kedai ubat, restoran terbuka dan kiosk di stesen minyak.

Akhbar-akhbar itu juga membayangkan wujud gerakan di kalangan ahli-ahli PAS yang menduduki majlis PBT di negeri itu untuk memperkenalkan dasar itu setelah ditolak oleh mesyuarat exco kerajaan bulan lepas. Susulan kontroversi itu, menteri besar Selangor petang semalam berkata "semua keputusan di peringkat PBT mesti selari dengan keputusan yang dibuat oleh exco negeri".

Kata Aspirasi : Kalau bawa usul kawal arak pun takut, apatah lagi hendak kesediaan PAS untuk mengharamkan arak. Jika setakat memerintah negeri pun takut dengan desakan DAP... apa yang hendak diharap jika PAS memerintah negara. Matlamat PAS untuk perintah negara dan mendaulatkan Islam hanyalah pembohongan semata-mata. Macam mana nak perintah negara ni. penakut!.

Dakwaan isu arak hendak dipolitikkan hanyalah perkara remeh jika PAS betul-betul memegang teguh perjuangan menegakkan Islam. Hakikatnya PAS takut kepada DAP. Demi undi hukum halal dan haram diketepikan, ianya sangat memalukan.

Keadaan ini jelas menunjukkan ketidak sepatakatan ahli pakatan Rakyat dan terpaksa menerima sebelah pihak sahaja. Sangat memalukan jika setiap usul yang dibawa PAS ditolak oleh rakan kongsi mereka.

Sumber : Malaysiakini

MACAM MANA NI EXCO AGAMA SELANGOR ?

1 Komen!!!
Setelah didesak oleh pihak tertentu, akhirnya MB Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menangguhkan dasar membataskan jualan minuman keras, yang asalnya dirancang berkuatkuasa Januari depan, sehingga diputuskan oleh kerajaan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun kerajaan negeri prihatin dengan kebimbangan sesetengah pihak berhubung pengambilan alkohol, ia tidak akan mengambil tindakan drastik menghadkan jualan secara menyeluruh.

MBSA dikatakan akan membataskan jualan arak di beberapa premis terbuka seperti kedai serbaneka 24 jam dan restoran diputuskan oleh MBSA hujung bulan lepas. Menurut Malaysiakini sumber-sumber PBT itu lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga premis - kedai runcit, restoran dan kedai serbaneka 24 jam - akan disemak semula. Bagaimanapun, tambah sumber-sumberi itu, semakan semula ini tidak melibatkan premis lain seperti hotel, kelab malam, kedai ubat Cina, pasaraya besar dan jualan oleh pemborong.

Sementara itu, di sidang media lebih awal di bangunan Parlimen, exco kanan Selangor, Teresa Kok menjelaskan tiada larangan jualan alkohol di negeri itu.

Selangor exco meeting 261108 pc"Keputusan exco negeri hanya (memutus) meningkatkan penguatkuasaan, melarang penjualan alkohol kepada mereka bawah 18 tahun, dan juga kepada masyarakat Islam," kata Abdul Khalid apabila diminta mengulas hasrat MBSA membataskan jualan minuman beralkohol.

Kata aspirasi : apa sebenarnya yang berlaku wahai EXCO Agama?... nampaknya masing-masing membuat kenyataan sendiri, PAS kata larang, DAP pula kata tidak. Akhirnya rakyat selangor yang kena tipu....

Kalau dahulu PAS kata nak tutup kilang arak... nak tutup ke tidak sekarang ni?

JANGAN GANGGU URUSAN UMAT ISLAM

0 Komen!!!
Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam sentiasa mengamalkan rasa hormat dan tolenransi terhadaop agama lain tanpa rasa prejudis. Sebab itu di dalam Islam terdapat prinsip yang jelas mengenai amala agama lain iaitu "bagi aku agamaku, dan bagi kamu agama kamu"

Dalam pemakaian sesuatu fatwa ianya hanyalah melibatkan umat Islam dan kalau di Malaysia sudah tentu ianya terpakai kepada kaum Melayu yang beragama Islam. Dengan kata lain ianya urusan hal ehwal agama Islam dan Umat Islam. Bagi penganut agama lain fatwa ini tidak dipakai oleh mereka. Oleh itu amat jelas prinsip pematuhan tehadap fatwa hanya terpakai kepada umat Islam.

Di dalam hal ini penganut agama lain dinasihatkan supaya tidak mengganggu isu fatwa ini kerana mereka tidak berkaitan. Jika mereka hendak amalkan agam yang mereka anuti... jadi silakanlah.. Tapi jangan mencampuri urusan umat Islam kerana ia ada prinsip dan ajarannya yang mesti diikuti semua umat Islam.

Bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka. Namun jika postur senaman yoga juga berbentuk persembahan dan juga sembahan kepada lain selain Allah maka mahu tidak mahu amalan yoga ini hendaklah ditinggalkan tanpa kompromi.

Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, mereka patut tahu rasa hormat kepada agama lain khasnya agama Islam yang menjadi Agama rasmi Persekutuan. Perlembagaan negara ini juga jelas menanamkan rasa hormat menghormati dengan memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan agamanya. Bersama kita menghayati dan memahami keluhuran perlembagaan negara yang kita cintai ini.

TERIMA KASIH DAUN KELADI

0 Komen!!!
Terima kasih kepada semua bloggers serta kekawan yang melawat laman blog ini.... kini aspirasibangsa telah melepasi 10,000 hits.....

Keadaan politik tidak izinkan saya berundur - Nik Aziz

0 Komen!!!
Kalau zaman Tun Mahathir dahulu pastinya perkataan Firaun kerana hendak memerintah dalam pasrti sampai mati pastinya akan timbul dari mulut penyokong PAS dan pembangkang.

Nampaknya apa yang berlaku kini sebaliknya... sudah sudahlah Pok Nik wei... mu tok sihat laghi doh... berilah kat ore lain pulok.. mu nak jadi MB sampai ajal kunjung tiba ke?... takut selain Firaun... mu pulok...?.. tok ke kat kelate tu tak pemimpin lagi doh...

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata, keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun. Namun sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian. Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti. Penyokong PAS pun tahu jika tiada Nik Aziz PAS sudah lama tumbang.. Pemimpin muda sekarang ni tidak boleh diharap. Apatah lagi krisis yang kini berlaku dalam PAS. Pembersihan puak Erdogan dalam PAS dikatakan sedang rancak dibuat...

''Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur. ''Kerajaan pimpinan UMNO sekarang juga dalam keadaan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal. Kalau UMNO dah tak kuat lagi, baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya. Katanya, tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.

''Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti. ''Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," jelas beliau.

Berikutan isu pembersihan Erdogan dalam PAS ini ramai penganalisis politik menjangkakan bahawa pertandingan PAS akan datang lebih dahsyat dari UMNO mungkin sehingga menimbulkan pecah belah antara mereka.

Kongsi Link Anda