Popular Today

Jumaat, November 13, 2009

Tiada arahan pemimpin UMNO demo kepala lembu : MB Selangor

0 Komen!!!
Menteri besar Selangor berkata penyokong Umno mungkin terlibat dalam perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Shah Alam, akhir Ogos lalu, tetapi mendakwa ia bukanlah atas arahan pemimpin parti berkenaan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau selaku menteri besar harus mengambil sikap profesional dan tidak boleh menyalahkan keseluruhan parti Umno atas kesilapan yang mungkin dilakukan oleh segelintir anggota parti berkenaan.

"Bukan saya kata Umno tidak terlibat. Mungkin ahli parti itu ada buat tapi tidak ada arahan atau resolusi (untuk berarak membawa kepala lembu) daripada Umno.

"Kita kena bezakan antara parti dengan penyokong parti," katanya, mengulas kritikan yang dilemparkan seorang ADUN Pakatan Rakyat di persidangan DUN semalam.

Wakil rakyat Kota Alam Shah, M Manoharan melahirkan rasa kecewa terhadap Khalid yang didakwa membersihkan nama Umno berhubung demonstrasi kontroversi itu di depan bangunan SUK Selangor, 28 Ogos lalu.

Pemimpin DAP itu juga berkata menteri besar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana beliau sendiri "mengetahui Umno memang terlibat dalam perarakan tersebut."

Dalam sidang media selepas menghadiri sidang DUN tengah hari ini, Khalid menjelaskan beliau perlu bersikap profesional dan tidak membuat kenyataan politik yang melulu.

"Saya sebagai menteri besar tidak boleh keluarkan kenyataan seperti itu (kata Umno terlibat), saya kena profesional walaupun kenyataan saya itu tidak 100% politically correct," katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

Zalimnya pemimpin PAS : Khalid diberi peringat lisan berhubung isu bai’ah

0 Komen!!!


Amalan bai'ah talak tiga yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam Khalid Samad tidak dipersetujui dan direstui oleh pucuk pimpinan Pas kerana ia merendah-rendahkan kaum wanita.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah memberi peringatan secara lisan kepada Khalid berhubung tindakannya itu.

Beliau berkata, ini adalah kes yang pertama dan tidak pernah berlaku sejak Pas bertanding dalam pilihan raya di negara ini.

Pengakuan Khalid Samat ni hanya dilihat sebagai 'scapegoat' atau kambing hitam sahaja bagi meredakan amarah rakyat Melaysia kepada pemimpin PAS..

Tapi biar rakyat melihat bagaimana Pemimpin PAS bertindak zalim ke atas anak isteri mereka....

Jika anak isteri pun mereka boleh zalimi apatah lagi rakyat... mudah sahaja untuk mereka zalimi rakyat... semuanya buat-buat bodoh..

Sumber :- Utusan

Kelantan Serambi Rasuah : Nik Aziz batal hasrat ke Mekah

0 Komen!!!
P1010795


Nik Aziz dituduh menerima rasuah untuk pergi ke Mekah bersama keluarga RM 65,000






Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.

Namun pemergiannya ke Mekah baru-baru ini dikaitkan dengan isu rasuah Syarikat Iklan yang bakal menaja sebanyak RM 65,000.

Kelantan kini dilanda keadaan kelam kabut, apabila PMBK dilanda isu Rasuah manakala MB Kelantan dituduh menerima rasuah..

Adakah ini tindak balas kumpulan Anti-Erdogan yang mendedahkan 'tajaan @ rasuah' MB Kelantan untuk ke Mekah..

Kelantan Serambi Rasuah..


Sumber : Pinkturtle

Kerajaan PKR Selangor : RM 392 juta berpusing-pusing, RM 1 juta lesap?

3 Komen!!!

1. Semalam YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika memohon Bajet Tambahan mengumumkan bahawa Menteri Besar Incorporated (MBI) akan mengambil alih hutang Talam Corporation kepada anak syarikat negeri yang berjumlah RM 392 juta.

2. Dakwaan Menteri Besar bahawa kerajaan lalu tidak mengambil sebarang tindakan hanya menunjukkan sama ada beliau menipu atau tidak mengambil tahu apa yang berlaku. Saya lebih percaya beliau cuba mengelirukan (mislead) rakyat.

3. Hakikatnya, pada 2007, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua anak syarikat terbabit bagi mengutip hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

4. Antara tindakan yang dalam proses ketika itu ialah rundingan pengambil alihan aset-aset dan hartanah Talam seperti Kelab Golf Bukit Beruntung dan beberapa hartanah lain. Selain itu tekanan juga dibuat dengan membekukan projek-projek "akan datang" yang membabitkan syarikat tersebut sehingga hutang mereka kepada kerajaan negeri dilangsaikan.

5. Kerajaan Negeri sebelum ini tidak mengambil alih hutang-hutang Talam daripada anak syarikat kerajaan negeri kerana mahukan CEO-CEO yang dibayar gaji bertanggungjawab terhadap setiap perjanjian yang mereka buat dengan pemaju termasuk Talam.

6. Ketika mengumumkan semalam, Menteri Besar memberi gambaran seolah-olah ia hanya merupakan peralihan pengurusan hutang tanpa apa-apa kos mahu pun niat terselindung.

7. Namun di sebalik kata-kata muluk manis Menteri Besar mengenai pengurusan aset hutang negeri ini, apa yang diumumkan oleh Menteri Besar semalam merupakan satu strategi perakaunan untuk memanipulasi rekod keuntungan organisasi tanpa mencerminkan nilai sebenar.

8. Dalam bahasa kewangan dan perakaunan ia dipanggil round-tripping, yang dianggap sebagai satu usaha "distortion" untuk memberi gambaran positif terhadap akaun. Walaupun tidak menyalahi undang-undang namun ia mempunyai tujuan yang kurang mulia iaitu memberi gambaran keuntungan atau pendapatan yang tidak tulen.

9. Antara strategi round-tripping ialah "a company selling an unused asset to another company while at the same time agreeing to buy back the same or similar assets at about the same price."

10. Apakah tujuan round-tripping ini? Ia bertujuan untuk menunjukkan peningkatan untung dalam akaun biar pun tiada untung sebenar. Banyak dilakukan oleh syarikat-syarikat di Bursa Saham untuk memberi keyakinan kepada pelabur.

11. Apa yang Tan Sri Khalid buat ialah untuk menunjukkan tambahan pendapatan besar dalam akaun kerajaan negeri biarpun secara realiti ia merupakan satu ilusi. Bahayanya ialah Kerajaan Negeri akan mempunyai kecenderungan untuk membelanja lebih dari sumber yang ada.

12. Menurut pemahaman saya dan maklumat yang diperolehi, pengumuman semalam merupakan satu usaha terancang dan bijaksana untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM 392 juta dan juga memberi peluang kepada orang tertentu membuat bisnes konsultansi dan guaman.

13. Kerajaan Negeri mengumpul semua hutang-hutang Talam Corporation kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Universiti Selangor (UNISEL). Jumlah hutang tersebut ialah sebanyak RM 392 juta.

14. Aset hutang ini dijual kepada sebuah syarikat milik PKNS, Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd (SIC), dengan Harga RM 392 juta.

15. Bagi membiayai pembelian ini, SIC membuat pinjaman dengan jumlah yang sama kepada sebuah bank. Saya difahamkan bank tersebut ialah CIMB Bank. Pinjaman ini dibuat menerusi SIC kerana sebagai syarikat sendirian berhad SIC tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan untuk membuat pinjaman berbanding PKNS, KDEB dan PNSB.

16. Walaupun aset-aset hutang Talam ini merupakan milik anak syarikat kerajaan negeri namun ia dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri sebagai bayaran hutang mereka kepada kerajaan negeri.

17. Mengapa ia dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri? Ini untuk menunjukkan akaun kerajaan negeri mempunyai pendapatan yang lebih baik berbanding tahun lalu dan juga lebih baik dari anggaran pendapatan dalam Bajet 2008.


18. Ini bermakna akaun kerajaan negeri tahun ini akan mencatat tambahan RM 392 juta biarpun ia sebenarnya merupakan wang pinjaman dari bank bukannya aset atau wang pendapatan yang sebenar.

19. Kerajaan Negeri pula memberi geran sebanyak RM 392 juta ini kepada Perbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated - MBI) Selangor.

20. MBI menggunakan geran ini untuk membeli kembali aset hutang Talam daripada SIC dengan harga yang sama. RM 392 juta. SIC kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk melangsaikan hutang dengan CIMB Bank.

21. Hari ini MBI akan menguruskan kutipan hutang talam sebanyak RM 392juta. Lebih mengelirukan, sungguhpun ia diletak di bawah pentadbiran MBI, Menteri Besar, mengikut laporan Malaysiakini.com, masih mengarahkan anak syarikat kerajaan negeri seperti KDEB dan PNSB mengutip hutang tersebut dalam masa tiga bulan.

22. Jadi mengapa perlu membuat perubahan pengurusan hutang jika ia seperti keadaan asal?

23. Selain mengelirukan rakyat mengenai pendapatan kerajaan negeri melalui round-tripping ini, saya difahamkan SIC juga menanggung kos guaman dan konsultansi sebanyak RM 700, 000.00. (Tujuh Ratus Ribu Ringgit Sahaja). Siapakah peguam dan konsultan yang menguruskannya? Apakah kriteria pemilihan mereka?

24. Selain itu SIC juga menanggung beban faedah sekitar RM 70 ribu sehari untuk jangka masa antara 3 hari sehingga seminggu dari proses pembelian hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri oleh SIC, sehinggalah kepada SIC membayar semula hutang tersebut kepada bank.

25. Saya jangkakan kerajaan negeri dan SIC membelanjakan sekitar RM 1 juta untuk melaksanakan round-tripping ini. RM 1 juta digunakan untuk mengabui mata rakyat dan media kononnya kewangan kerajaan negeri berada dalam keadaan mantap dan terbaik?

26. Apakah kaedah-kaedah silap mata seperti ini juga yang dipraktiskan oleh Menteri Besar sekarang sehingga dikatakan terhutang Bank Islam sebanyak RM 66.67 juta ketika membeli saham Guthrie?

27. Janji untuk mengutip hutang dari Talam dalam masa tiga bulan ini juga sungguh baik. saya berharap ia dapat dilaksanakan. Cuma bila dilihat bagaimana hasil kutipan pasir yang jauh dari janji dan anggaran; janji pelaburan RM 10 bilion ke atas Sungai Klang yang telah beberapa kali diungkapkan namun masih tiada tanda; dan banyak lagi janji-janji yang belum menampakkan hasilnya, maka saya was-was sama ada ini satu lagi janji manis sewaktu pembentangan bajet dan sidang DUN sahaja.

28. Jika ayam bertelur sebiji, riuh sekampung, Kerajaan selangor hari ini belum "bertelur" riuh senegara. Jangan nanti kokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang najis.

Sumber : Dr KHir

Isu kepala lembu: ADUN Pakatan selar MB S'gor

0 Komen!!!
Wakil DAP Kota Alam Shah, M Manoharan berkata menteri besar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana "mengetahui Umno memang terlibat dalam perarakan tersebut".

"Saya tak setuju bila menteri besar kata Umno tidak terlibat, saya tahu Umno terlibat dalam perarakan kepala lembu," katanya ketika membahaskan bajet 2010 di DUN Selangor hari ini.

Manoharan yang tidak membuktikan bagaimana beliau mengetahui perkara itu, juga berkata, Khalid tidak sepatutnya membebaskan pihak terbabit daripada tuduhan berkenaan kerana kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah.

"Kes masih ada di mahkamah. Ini subjudis, macam mana beliau boleh 'clear' (lepaskan) mereka daripada tuduhan?" soal Manoharan.

Dalam ucapan sulungnya di dewan tersebut selepas dibebaskan awal Mei lalu daripada tahananan ISA, Manoharan juga mencadangkan penubuhan jabatan hal ehwal orang India dalam pentadbiran negeri berkenaan.


Minta tambah exco

"Saya cadangkan ini supaya kita tidak hilang sokongan kaum India yang ada di Selangor sebab Hindraf telah menyebabkan orang India berjaya menentang Umno, tapi penghargaan sewajarnya tidak diberikan," katanya.

Jelasnya, kerajaan juga sepatutnya memberi penghargaan kepada orang India di Selangor dengan memberikan dua jawatan exco kepada wakil kaum berkenaan.

"Tapi yang diberi hanya satu. Yang diberi (pun) adalah portfolio ladang, jaga ladang dan kesihatan, satu portfolio paling teruk," katanya yang merujuk kepada portfolio wakil Pandamaran, Dr Xavier Jayakumar.

"Saya tak tahu sama ada exco atau menteri besar ada kumpulan pemikir, kerana kumpulan pemikir Hindraf telah berjaya mengumpul orang India dan berarak.

"Jika MB ada kumpulan pemikir, saya harap kumpulan pemikir itu bekerja keras untuk pastikan tidak hilang sokongan orang India di Selangor," katanya.

Kongsi Link Anda