Popular Today

Selasa, November 02, 2010

Masa bila pula PAS jadi penguatkuasa SPR!!!

0 Komen!!!

Patutpun banyak bendera BN yang rosak inilah dalang-dalangnya..

Menjelang hari-hari akhir pengundian di PRK Galas,  PAS semakin takut dengan perang banner terhadap parti itu.. rupanya pas juga tidaklah terbuka kepada kritikan.. apatah lagi jika kririkan itu benar dan berasas..

hari ini PAS nampaknya PAS mengambil kerja pemantau SPR atas alasan tidak mungkin SPR dapat memantau di kawasan yang begitu luas [klik sini]..

Kata wakil PAS "Walaupun SPR ada tiga pasukan penguatkuasa, mungkin suruhanjaya itu tidak dapat pantau kawasan pilihan raya yang begini luas... siapa yang bagi kuasa kepada PAS untuk menurunkan banner yang bukan miliknya.. ini adalah sabotaj daripada PAS sebenarnya..
NONE

PAS mendakwa banner tersebut kerana menaikkan rasa marah penduduk... tetapi sebenarnya yang marah adalah penyokong PAS.. kerana mereka takut kepada kebenaran..

Sepanduk itu tertulis, "Pemimpin DAP beri tazkirah di surau, kenapa PAS sokong rumah Allah dihina", Inilah yang sebenarnya berlaku.. PAS sengaja rumah Allah dihina oleh DAP..

PAS patut bertaubat dari terus mempermainkan Islam dan rumah Allah.. Agama bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan untuk kepentingan sempit PAS..

Kerana desakan BN, kerajaan PAS terpaksa bagi geran

1 Komen!!!
Macam mana 20 tahun tak boleh selesai.. tetapi sebab Pilihan raya Kecil sehari boleh selesai.. ini pun sebab di bangkitkan oleh media UMNO..


Tahniah kepada semua media UMNO termasuk media massa dan blogger serta FaceBooker.. kerana desakan anda kerajaan PAS terpaksa beri tanah kepada orang asli [klik sini ]..



Semua ini berlaku kerana kerajaan PAS telah gagal masalah tanah orang Asli sejak 20 tahun yang lalu.. walaupun telah berjanji berkali-kali kepada orang Asli.. walaupun sijil telah diberi.. namun selepas pilihanraya, Kerajaan PAS Kelantan Senyap sahaja [klik sini]..


Dalam laporan itu, seramai 300 penduduk Gua Musang menjadi mangsa penipuan Pas apabila mereka diberikan sehelai kertas yang dikatakan sijil kononnya sebagai watikah penerimaan lot tanah yang akan diberi kerajaan negeri jika terus memerintah Kelantan bagi membantu penduduk miskin.



Mangsa penipuan, Rozali Rodin, 38, berkata sijil itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat kepada penduduk terbabit dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi pada tahun 2007 lalu dan ditanda tangani oleh Timbalannya Datuk Ahmad Yaacob.


Kali ini Nik Aziz cakap..
“Kita akan beri geran tanah, tidak timbul isu tidak mahu beri (geran tanah).


“Kita tidak suka cakap kosong,” katanya
Tak tahulah berapa kali MB Kelantan ni nak bohong lagi... janji banyak kali dah, tapi satu pun masih belum dilaksanakan..


Ini maknanya DUN Kelantan perlu kepada pembangkang yang kuat supaya boleh menegur kerajaan negeri PAS Kelantan yang selama ini tidor dan tidak buat kerja untuk rakyat..


Undilah calon BN.. 

Panas!!! Gambar Nik Aziz bagi rasuah

4 Komen!!!

Inilah bapak rasuah sebenarnya!!!
Bukti PAS juga amalkan rasuah dan politik wang!!!

1. Nik Aziz yang kononya seorang alim ulama telah dikesan memberi rasuah di Perkampungan Orang Asli Sandrop.

2. Dalam siri kempennya, Nik Aziz tidak segan silu menghulurkan Ringgit Malaysia untuk memastikan kumpulan orang asli di sana mengundi PAS.

3. Selain itu, Nik Aziz juga berjanji untuk menyelesaikan isu tanah yang telah tertangguh sekian lama.

4. Gambar yang disertakan jelas menunjukkan Nik Aziz menghulurkan Ringgit Malaysia kepada orang asli bagi membeli undi mereka!!! PAS semakin terdesak di DUN Galas. Tuan Guru main rasuah, calon pula PENZINA!!!

4. NIK AZIZ WAJIB BERTAUBAT!!!
Gambar dari Minaq_Jinggo

Sumber : Jiwa paradox

Panas!!! Gambar rakyat menentang kezaliman Lim Guan Eng

2 Komen!!!

Rakyat mula bangkit menentang kezaliman kerajaan Cauvanis DAP Pulau Pinang..

Kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan terhadap kezalima Lim Guan Eng di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.

Ianya berikutan kenaikan tarif air dan isu pengambilan tanah di Balik Pulau. Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.

Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.

Baca seterusnya di sini dan sini

PAS semakin meroyan : PAS mula soal sendiri dan jawab sendiri

0 Komen!!!
Menjelang 2 hari lagi tarikh pengundian Pilihanraya Kecil Galas menunjukkan simptom-simptom PAS dilanda penyakit meroyan..

Mana taknya.. PAS dah mula cakap seorang diri, sendiri soal dan sendiri jawap...

Kita ingat tentang tuduhan Penasihat jentera Pilihanraya Kecil PAS kepada Ku Li sebagai pengkhianat orang Asli kerana apabila beliau bersama 46 masuk UMNO kembali, beliau dituduh melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai Umno.

Siapa yang tuduh ni... PAS lah jawapannya.. dengan kata lain, kerajaan PAS Kelantan gagal menyelesaikan masalah orang Asli kerana fail-fail hilang..

Hari ni pula PAS juga yang menafikan yang fail-fail tu hilang...
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikan isu hak milik tanah khususnya membabitkan Orang Asli.

Sebaliknya, kata beliau, dakwaan ketiadaan fail atau dokumen berkaitan Orang Asli sehingga menyukarkan kerajaan negeri menyelesaikan isu berkenaan adalah tidak benar.

"Kita tak ada masalah seperti itu, tak timbul masalah yang mengatakan kita tak ada fail-fail yang berkaitan.

"Kerajaan negeri boleh dan sedang teruskan prosesnya (pemberian tanah), ia cuma ambil masa kerana perlu lalui proses tertentu," katanya
Cuma nak tau kebenarannya sahaja.. sekarang ni dah terbukti siapa yang berbohong sebenarnya... siapa yang menipu rakyat Kelantan..

Sebab tu, kenyataan Ku Li sangat tepat, nama parti Islam tapi pembohong... memanglah tepat sekali..

PAS semakin meroyan menjelang PRK Galas ni..

PAS semakin terdesak : PAS buat flyers palsu biodata calon BN

0 Komen!!!
Aku terkejut bila tengok flyer yang dikatakan ditaja oleh UMNO Cawangan Taman Wangi dan Lepan Tupai, Gua Musang. Dalam flyers tu calon BN dituils mempunyai kelulusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun 1988! Padahal semua orang tahu calon BN hanya ada SPM saja.

Betul ni, korang tengok foto dibawah ni:-






Bila aku siasat dan dapat maklumat dari Gua Musang, rupa-rupanya tak ada satu punjentera pilihanraya UMNO/BN Galas yang buat flyers tu!

Lagi pun, buat apa la UMNO cawangan Taman Wangi dan Lepan Tupai bersusah-payah buat flyers untuk promo iklankan pulak calon PAS? Betul tak? Tak masuk akal langsung!

Ooo....ini kes tipu rupanya. Kalau UMNO confirm tak buat, siapa punya kerja ni ? Siapa yang tipu?

Korang baca komen blog Media Permatang Pauh di bawah ni:-


Apa yang saya dapat simpulkan disini, penghasilan flyers ini telah mendedahkan kedungguan serta tahap kerendahan pemikiran jentera gerak saraf PAS termasuklah bloggers mereka sekali.


Jika menurut flyers tersebut, calon UMNO/BN Abdul Aziz Yusof telah tamat pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda pengajian perniagaan pada tahun 1988 dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah.

Betulkah begitu kerana apa yang saya tahu, UUM telah ditubuhkan pada tahun 1986?



Dua tahun sebelum itu, UUM hanya dikenali sebagai Sekolah Pengurusan Perniagaan (Bussiness Management School). Takkan pengajian bagi peringkat Ijazah hanya mengambil masa 2 tahun sahaja?


Lagi satu, mengikut rekod di KESEDAR, Abdul Aziz Yusof sudah berkhidmat selama 30 tahun di situ bermula dari beliau berumur 19 tahun. Tiada rekod pun samaada beliau mengambil cuti melanjutkan pelajaran ataupun cuti bagi meneruskan pengajian.

Ini membuktikan bahawa flyers yang dihasilkan oleh jentera gerak saraf PAS dan dihebohkan oleh bloggers mereka sebenarnya bertujuan untuk memalukan calon UMNO/BN.
Alahai... terdesak sampai macam tu sekali ya. Dah kalut sangat tu takut calon PAS kalah.

Tapi kalau bandingkan di pilihanraya-pilihanraya yang lepas, flyers di Galas ni tektik black op paling sewel oleh jentera saraf parti PAS setakat ni.



Sumber : MIM

Ulama nasihat Anwar bersara dari politik

2 Komen!!!
Memang patut pun Anwar ni dinasihatkan untuk bersara.. semakin lama semakin nyanyuk dan meroyan orang tua ni..

Politik yang dibawa juga semakin lama semakin rosak.. agenda perjuangan Islam dan Melayu semakin hilang dalam perjuangan Aljuburi..

Inilah nasihat yang diberikan ulama muda yang terkenal dengan pendirian bebas dalam pemikiran politik negara [klik sini]..
“Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita.

“Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai,” katanya.

“Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina-menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

“Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinan mereka yang berteras ilmu dan budi. Justeru kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas,” jelas beliau.
Namun kita mengetahui bahawa tak mungkin Anwar akan ikut cakap ulama ini, apatah lagi ulama muda.. yang dianggap tidak kenal apa-apa dalam politik..

pastinya selepas ini ramai baru-barua Anwar akan bersuara dan mengutuk ulama ini.. macam biasa lah kan.. inilah yang akan dibuat oleh PKR.

Ada pepatah menyebut jangan lihat siapa yang bercakap tetapi lihat apa yang dicakap.. hakikatnya apa yang Dr Asri cakap mengenai Anwar ini memang betul..

Adakah Dr Asri juga mula sangsi kepada Anwar dan mempercayai Anwar juga sebenarnya meliwat.. wallahuaklam.. namun dengan penampilan demi penampilan pembantu beliau dan juga apa yang berlaku dalam PKR serta tindakan anwar yang sengaja meliwat-liwatkan perbicaraan beliau menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada Anwar.

Tidak mungkin bau busuk mampu disimpan selamanya.. kerana orang akan mula perasan bau tersebut..

Sudah-sudahlah Anwar.. bertaubatlah.. berundurlah dari politik.. dah banyak beliau merosakkan agama, bangsa dan negara.

Kongsi Link Anda