Popular Today

Khamis, Januari 20, 2011

PRK Tenang : PAS tabur risalah Palsu BN

4 Komen!!!
PAS kini dikesan sedang membuat fitnah terhadap BN di sekitar bandar Labis. Jentera-jentera PAS diarah untuk menabur fitnah terhadap sebanyak mungkin bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada BN.

PAS kini dilihat sangat terdesak... PAS telah mengedarkan risalah BN palsu bertajuk "Kukuhkan Ketuanan Melayu".. di tengah-tengah bandar yang majoritinya kaum Cina.. tak kan bodoh tindakan ini... Kawasan Cina buat cara kawasan Cina dan bukan kawasan Cina buat cara kawasan Melayu..

Inilah bukti PAS yang kini sedang menjadi juara fitnah.. PASBerg akan membuat apa sahaja.. asalkan mereka menang.. inilah ajaran tok guru-tok guru mereka..

Tolak Juara Fitnah!!!

Undilah BN.. Tranformasi harapan rakyat!!!

Al Fatihah, ADUN Merlimau meninggal dunia

0 Komen!!!
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Panas!!! : PAS Johor larang Anwar datang ke Johor!!!

2 Komen!!!


Oleh : garamanis

Mula-mula sekali baca semula apa yang tersiar di laman rasmi untuk psywar DUN Tenang
Semasa majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin, Anwar Ibrahim tidak kelihatan di Tenang.

Pelbagai helah diberikan pihak PAS, tetapi kini jelaslah dari surat seorang penyokong PAS di Malaysia Digest sini bahawa kepimpinan PAS Johor telah membuat keputusan meminta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak menghadiri.

Keputusan ini adalah satu tamparan buat Anwar yang telah menyumbang keapda kempen PAS dengan lawatan dua kali; pertama kali dalam satu ceramah dan kali kedua secara senyap-senyap.
Sambung seterusnya disini

Rupa-rupanya, sentimen PAS Johor terhadap Anwar Ibrahim berbeza dengan apa yang ditunjukkan PAS Pusat.

PAS Johor tidak mengalu-alukan kehadiran Anwar ke Labis. Dari apa yang diketahui PAS Johor langsung tidak mahu menjahanamkan potensi undi Melayu pada PAS dengan kehadiran Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli PAS menjadikan kedai-kedai kopi di seluruh Labis untuk memberitahu bahawa, PAS sangat dominan dalam aktiviti kempen untuk memenangkan Cikgu Mala. Dijaja bagaimana agresifnya, jentera Muslimat bergerak menembusi kawasan Melayu seperti Kg Tenang, Kg Ayer Panas, Felda Tenang, Chemplak dan lain-lain kawasan Melayu.

Dalam ceritanya, PAS berjaya mempengaruhi dan menerangkan perjuangan suci untuk menubuhkan negara Islam.

Itu pak lebai serban hijau yang bercerita. Anak dara PASTI bawah umur pun depa sanggup rembat untuk sedapkan nafsu serakah.

Realitinya, tiada pergerakan jentera kempen menerjah kampung-kampung untuk meraih sokongan. Jangan salah anggap tempoh berkempen belum bermula maka PAS belum mahu buka langkah. Dalam tradisi PAS mana pernah depa ikut undang-undang. Semua nak dilanggar.

Kerana PAS tahu kekuatan BN di Labis sangat mengujakan.

PRK Tenang : Siapa dia Mohd Azahar Bin Ibrahim?

1 Komen!!!
PROFIL: Calon BN DUN Tenang

# Nama : Mohd Azahar Ibrahim
# Umur : 39 Tahun

# Tarikh Lahir : 14 Mei 1972
# Tempat Lahir : Labis Segamat

# Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31 tahun
# Anak: Nur Aina Maisara, 6, Nur Arisha Najwa, 3, Muhammad Haikal, 8 bulan

# Kelulusan :
# Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) Melaka (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1993
# Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom - 1996

# Pekerjaan:
# Penolong Pentadbir Tanah Kluang (1997-2000)
# Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006)
# Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat (2006-2011)

# Jawatan dalam parti:
# Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis (2004-2008)
# Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis

# Pembabitan dalam pertubuhan dan kebajikan:
# Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000-kini)
# Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit (2000-kini)
# Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005)
# Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Rengit (2006-kini).

Kongsi Link Anda