Popular Today

Selasa, September 16, 2014

Terima kasih BN : Masyarakat Siam Kg Jubakar Darat, #PengkalanKubor



Itulah antara yang diucapkan oleh masyarakat Siam yang hadir di Wat Machimaram, Kg Jubakar Darat, Pengkalan Kubor.

Ucapan itu muncul kerana BN sentiasa dianggap memperjuangkan nasib masyarakat Siam tanpa putus dengan memberikan pelbagai bantuan.

Pagi tadi telah berlangsung majlis mesra masyarakat Siam bersama Timbalan Perdana Menteri. Antara tokoh lain yang hadir ialah YB Dato Sri Mustapa Mohamed (Pengerusi BN Kelantan), YB Dato Sri Shahidan Kassim (Menteri di JPM), YB Senator Dato Boon Som Inong (Ketua Masyarakat Siam Malaysia), Dato Mohd Rosdi Abd Aziz (Pemangku Pengerusi BN Tumpat), Prak Khru Wikthet Tammanard (Than Tit) Ketua Sami Watt Machimaram, Hj Mat Razi Mat Ail (Calon BN) dan Eh Chot Cha Chan (Pengerusi Masyarakat Siam Kelantan).

Pelbagai masalah telah didengari oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan diambil tindakan. Di situ juga, YAB Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan khas untuk tabung pendidikan Masyarakat Siam di sana.







Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda