Popular Today

Ahad, Mei 11, 2014

Masya Allah.. sambutan hebat ceramah us Kazim Elias di Brunei

1 Komen!!!



Walaupun rakyat ada rakyat Malaysia mencercanya malah mengganggu keluarganya kerana fahaman politik semata-mata. Allah telah tunjukan bagaimana penghargaan rakyat Brunei ingin menuntut ilmu darinya. Tahniah Ustaz Mohd Kazim Elias kerana Di Brunei berjaya mendapat sambutan luar biasa.










Pemilihan PKR PANAS!! Pengundi hantu di cabang Subang!!

0 Komen!!!
Pemilihan PKR adalah yang terburuk dlm sejarah Malaysia.. pengundi hantu, gaduh, blackout, penipuan kertas undi, rasuah dan macam-macam lagi..

terbaru di Selangor Pemilihan Cabang subang dibatalkan.. hebatkan!!

Antara sebab batal ialah Nama ahli tiada dalam senarai, pengundi hantu, pengundi tiada kad pengenalan, kertas undi diberi lebih daripada satu, pengundi lebih umur mengundi calon AMK dan terdapat kertas kempen calon YB Sivarasa di atas meja memangkah kertas undi.

Tengok pemilihan PKR nampak macam mengarut sangat.. tapi pelik ada juga yang menyokong PKR.. buta ke apa?? Tak nampak lg ke apa yg berlaku dlm PKR..

Di Cabang Klang, pemilihan PKR juga dibatalkan sebabnya - Senarai nama ahli yang disemak di bawah khemah tidak sama yang berada di dalam dewan.

Di Cabang Kota Raja pula.. Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pada jam 5.00 petang memaklumkan bahawa terdapat satu peti undi telah dipecahkan.

Tidak sampai satu jam proses pengundian ditutup kira-kira pukul 5 petang ini, pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian.

Pembatalan pengundian itu diumumkan kira-kira 4.30 petang ini oleh wakil petugas pemilihan parti itu.

Tindakan sekumpulan lelaki itu difahamkan dilakukan setelah tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang berkenaan yang mana sebelum itu mereka cuba merempuh masuk ke dalam dewan pengundian terbabit di Kompleks sukan MPK, Taman Seri Andalas namun dihalang oleh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang bertugas.

Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati dihalang masuk, kumpulan lelaki berkenaan kemudiannya bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan berkenaan selain bertindak merampas peti undi dan melemparkan ke lantai dewan.

Selain itu, mereka juga bertindak menterbalikkan meja termasuk bungkusan makanan di luar dewan yang disediakan untuk para pengundi.

Ekoran kejadian itu, pasukan polis bergegas ke kawasan pengundian bagi mengawal keadaan

Ish.. jika inilah parti perintah Malaysia rasanya akan penipuan paling teruk dalam pilihanraya di Malaysia.. lihat sahaja lah pemilihan parti mereka.. hancur!!


berikut antara petikan berita tentang pemilihan PKR di Selangor..

 SHAH ALAM 11 Mei - Sebanyak sembilan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor terpaksa dibatalkan proses pemilihan berikutan protes di kalangan ahli serta calon yang bertanding terhadap perjalanannya yang didakwa tidak telus termasuk wujudnya unsur penipuan.

Setakat pukul 4.30 petang ini, sembilan cabang parti itu di negeri ini diumumkan dibatalkan antaranya melibatkan PKR cabang Kuala Selangor; Sabak Bernam; Kota Raja; Hulu Langat; Klang; Subang dan Sungai Besar -

Drama Hudud PAS diteruskan : PAS tidak teruskan cadangan bentang hudud - Abdul Hadi

2 Komen!!!


KUALA LUMPUR: PAS hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Jenayah Persendirian II atau hudud di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen, Jun ini.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat hari ini setelah mengambil kira penubuhan jawatankuasa teknikal antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat untuk meneliti cadangan pelaksanaan hudud.
 
"PAS mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
 
"Ini bagi memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu selepas mesyuarat itu di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini sebentar tadi.
 
Mat Sabu dalam pada itu menambah, penangguhan berkenaan tidak bermakna PAS tidak serius dalam melaksanakan hudud di Kelantan malah berkata ia tindakan yang sangat serius memandangkan ianya melibatkan perbincangan antara kerajaan negeri dan pusat.
 
"Ini bukan perbincangan parti dengan parti.. Ini perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan.. G to G (goverment to goverment).. Jadi ini serius lah," ujarnya lagi.
 
Keputusan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat hari ini juga, kata Mat Sabu, masih belum diketahui  oleh rakan komponen Pakatan iaitu DAP dan PKR.
 
"Ini baru dibincangkan dalam mesyuarat sebentar tadi. Mereka akan mengetahui dari laporan media," ujarnya berseloroh.
 
PAS sebelum ini berdepan dengan tentangan daripada pelbagai pihak termasuk DAP dan PKR sejurus selepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan hasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian berhubung hukum hudud di sidang dewan rakyat, Jun ini.
 
Tentangan tersebut turut disuarakan oleh parti komponen BN, khususnya MCA dan beberapa parti komponen di Sabah dan Sarawak.
 
Selain itu juga, beberapa tokoh ilmuan turut meminta kerajaan negeri Kelantan untuk mengkaji semula cadangan tersebut, khususnya dari konteks pelaksanaan kerana berpendapat hudud belum sesuai dilaksanakan selagi persekitaran masih belum kondusif dan belum mampu mencapai tahap keadilan yang sebenar.
 
"Jika di luar ada nama keahlian,  mesti di luar pun ada. Setakat ini kira-kira 10 orang tercicir dari mengundi, " katanya.

sumber : Antara Pos 

PKR : pemilihan kotor.. parti pun kotor!!

0 Komen!!!
PKR juga amal politik wang!!


KUALA SELANGOR 11 Mei - Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor yang berlangsung hari ini disifatkan tidak bersih apabila para pengundi didakwa dipengaruhi oleh politik wang.

Calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam mendakwa perkara itu berlaku di Jeram apabila calon lawannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi pegawainya memberikan wang RM50 kepada ahli PKR untuk mengundi Menteri Besar itu.

"Saya ada bukti, saya ada rakaman. Mereka (pihak Abdul Khalid) beri duit (kepada ahli). RM30 untuk mengundi jawatan pusat, RM20 untuk mengundi cabang.

"Dulu kita kata BN (Barisan Nasional) main duit, sekarang beliau sendiri yang buat seperti itu. Saya minta JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) supaya mengambil tindakan secepat mungkin," katanya. - UTUSAN ONLINE

Nurul Izzah dimalukan lagi!!

1 Komen!!!
Tak serik-serik ahli Parlimen PR ni hendak malukan BN.. walaupun terpaksa menipu.. akibatnya rakyat disajikan dengan fakta palsu oleh PR..


Agak senang untuk mencari salah orang dan menunding jari terhadap sesuatu. Cuma kekadang kita terlupa, satu jari kita menunding ke depan, 3 jari lagi menghala ke diri sendiri. Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang mempertikaikan tunjuk arah yang terdapat di KLIA2 nyata mengundang kontroversi. Beliau mempertikaikan kenapa hanya penunjuk arah hanya menggunakan kertas untuk kos pembinaan KLIA2 yang berjumlah RM5 billion. Baca jawapan Malaysian Airports seperti di bawah:




Mungkin YB Nurul Izzah belum menjejakkan kaki ke KLIA2? Mungkin beliau hanya bergantung kepada foto yang dikirim oleh macai-macai beliau untuk membuat fitnah? Kita tidak pasti. Cuma CTS nasihatkan YB Nurul Izzah datanglah sendiri melawat KLIA2, yang merupakan sebuah lapangan terbang di dalam pusat membeli belah, serba lengkap dengan segala kemudahan terkini dan canggih. Kalau setakat tanda arah seperti didakwa, terdapat banyak tanda arah seperti gambar di atas yang sempurna di merata-rata tempat di dalam lapangan terbang berkenaan.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/05/usaha-mp-pkr-lembah-pantai-untuk.html#SuZvxULJ5FUAMyk3.99

MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor, fokus isu Hudud PAS

0 Komen!!!
Keputusan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bukan bermakna parti itu takut menghadapi kekalahan, kata presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Sebaliknya, beliau berkata parti itu mempunyai agenda yang amat penting iaitu mahu menumpukan perhatian kepada krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
 
"Kami turut mendapatkan pandangan di peringkat akar umbi serta keputusan untuk tidak bertanding dibuat dengan restu parti komponen Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan malam di Bidor hari ini.
 
Walaupun tidak bertanding pada kerusi tradisi parti itu, Liow berkata parti itu akan terus memberi khidmat kepada penduduk kawasan Parlimen Bukit Gelugor.
 
"Kami kini dalam proses transformasi. Kami kini cedera dan perlu pulih dengan segera," katanya.
 
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas.
   
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas, mendiang Karpal Singh menewaskan calon MCA Teh Beng Yeam dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 42,706 undi.

Hudud Kelantan : demi pancing sokongan atau ??

0 Komen!!!


Dulu bila pemimpin UMNO menyatakan isu perlaksanaan hukum hudud yang digembar-gembur oleh pemimpin PAS sebenarnya hanyalah alat dan umpan politik untuk meraih undi orang Melayu Islam demi kepentingan PAS dalam pilihan raya, bukan main marah lagi penyokong-penyokongnya.

Pantang betul mereka bila kita kata pemimpin PAS peralatkan hudud untuk kepentingan politik kepartian. Dihamburnya segala kata nista dan tuduhan melulu konon UMNO anti Islam, tolak hukum Allah, kafir dan macam-macam lagi yang sepatutnya tak diucap oleh penyokong parti berlabel Islam.

Reaksi keras tak berpedoman itu satu kebiasaan dari kalangan penyokong PAS dek kerana terlalu taksub dan yakin isu perlaksanaan hudud adalah satu perjuangan ikhlas datang dari ketulusan hati pemimpin PAS demi kerana nak menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi Malaysia. Kononnya begitulah.

Kini bila mana UMNO mengambil pendirian untuk memberi ruang kepada pemimpin PAS membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka dalam isu perlaksanaan hudud dengan membawa usul mengenainya ke Parlimen, terus tunggang terbalik sebahagian pimpinan dan penyokong PAS bersilat lidah untuk mengelak.

Di masa yang sama mana-mana pemimpin PAS yang berasa hebat dan pandai bermain silap mata cuba-cuba nasib mahu menyahut cabaran dek kerana takut tembelang pecah, alang-alang mandi biar basah kata mereka. Untung batu tenggelam untung sabut timbul, itulah harapan yang terbuku di hati mereka agaknya.

Tapi belum pun sempat usul hudud dibentangkan di Parlimen, tak semena-mena Allah SWT campak satu petunjuk buat renungan umat Islam apabila Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membongkar muslihat PAS membangkitkan isu perlaksanaan hudud sebenarnya memang bermotifkan politik kepartian.

Kata Teresa, PAS terpaksa ambil inisiatif melaksanakan hudud bagi nak mengelakkan parti itu dari kehilangan sokongan orang Melayu Islam. Tambahnya lagi, PAS perlu sahut cabaran UMNO demi kepentingan politik PAS.

“Pemimpin PAS memberitahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

“Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud. Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang,” demikian penjelasan pemimpn DAP itu sebagaimana disiarkan oleh portal online Malaysiakini.

Pendedahan oleh Teresa Kok itu memang cukup menarik dan ia adalah bukti nyata yang mengesahkan kewujudan muslihat jahat PAS dalam memperalatkan isu hudud untuk tujuan politik. Persoalannya siapakah pemimpin PAS yang membuat pengakuan tersebut? Tentu ramai yang ingin tahu.

Apapun dengan terbongkarnya niat sebenar PAS itu secara tidak langsung membenarkan dakwaan UMNO selama ini bahawa PAS sengaja memperalatkan isu hudud untuk menarik perhatian pengundi Melayu Islam dan bukannya kerana takut kepada Allah SWT apatah lagi demi nak menjaga martabat Islam.

Sumber; Siemen Melayu Maju 

Kongsi Link Anda